
Badai Semalam (Khadijah Hashim)
  Tema
  -          Ketabahan dan kegigihan seorang wanita dalam menempuhi cabaran untuk mengejar cita-cita
  Persoalan
  a)      Percintaan yang tidak berlandaskan perasaan cinta yang suci dan sejati
  -          Perkahwinan Mazni dengan Karim atas dasar hutang budi semata-mata. Karim tertarik oleh layanan mesra Mazni semasa dia terlantar di hospital kerana ditimpa musibah kemalangan yang telah menginsafkan dirinya.
  b)     Perbezaan status dan darjat dalam masyarakat
  -          Puan Rohana membantah hasrat Karim untuk memperisterikan Mazni semata-mata kerana Mazni adalah seorang anak bekas orang gaji. Dia malu jikalau orang luar memperkatakan tentang maruah keluarga mereka. Pada pendapatnya, Mazni tidak layak untuk Karim, seorang jurutera yang berjaya.
  c)      Konflik akibat iri hati
  -          Cik Mahani menghasut Puan Rohana supaya membenci Mazni setelah Mazni berkahwin dengan Karim. Dia sebenarnya mengharapkan anaknya, Aziah disatukan dengan Karim.
  d)     Kecurangan dalam hubungan suami-isteri
  -          Karim berlaku curang dengan Dora, bekas teman wanitanya kerana merasa dirinya telah diketepikan oleh Mazni yang terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya.
  
   
   
  Plot / Jalan Cerita
  Plot ialah susunan peristiwa-peristiwa dalam cerita atau rentetan peristiwa yang diberikan sebab dan akibat.
   
  Novel Badai Semalam karya Khadijah Hashim ini mempunyai Plot Organik – Plot yang kemas dan tidak terdapat digresi.      Eksposisi – (pengenalan)
  ·         Pengenalan watak iaitu Mazni, Karim, Encik Haris, Pn Rohana, Mak Aton , Che Bibah, Osman, Wak Dolah, Zaki, Encik Malik, Encik Mansur, Lokman, Azizah, Cikgu Lim
  ·         Pengenalan latar tempat – Rumah Encik Haris dan Pn Rohana di Jalan Kenangan, Tanjung Puteri di mana Mazni dan emaknya tinggal.
  ·         Pengenalan latar masa – dari Mazni sekolah tingkatan 6 atas hingga dewasa
  Perkembangan
         | DIALOG | -perbualan Mazni dan Zaki sewaktu berjalan-jalan di Johor   Bharu dan Singapura (m/s 102-107) -perbualan Mazni dan Zaki mengenai cita-cita mereka (m/s   32-39) -Perbualan Pn. Rohana dan En. Haris  (m/s 98-101)     | 
     | IMBAS KEMBALI | -Mazni mengimbas kembali hidup ibu dan ayahnya (m/s 12)       | 
     | INTERIOR MONOLOG | -Mazni dalam dilemma, “Pada siapa harus aku mengadu?” (m/s   11-13)       | 
     | IMBAS MUKA | -Karim yang dalam keadaan angau akan Mazni membayangkan   dugaan yang bakal dihadapi untuk hidup bersama Mazni (m/s 96)     | 
     | ALIRAN KESEDARAN (stream of consciousness) | -“Biarlah dia sendiri menanggung sengsara ini”…Kesal.   Sungguh kesal. (penyesalan Mazni) m/s 139     | 
 
   
  Suspen
  ·        Kematian ibu Mazni
  ·        Karim mengajak Mazni berkahwin
  ·        Zaki meluahkan perasaannya terhadap Mazni
  ·        Mazni menduduki peperiksaan dan menunggu keputusan, sama ada dia berjaya ke     universiti atau tidak
  ·        Pergaduhan Mazni dan Karim iaitu Mazni telah dipukul
   
  Konflik
  ·        Konflik dalaman
  o   Mazni
  Dilemma Mazni ketika terpaksa memilih sama ada menurut kehendak suaminya, Karim yang ingin beliau berhenti daripada meneruskan pengajiannya dan melupakan cita-citanya untuk ke menara gading.
  o   Karim
  Karim berasa sangat bersalah ketika memukul Mazni dan mengakibatkan beliau terlantar di hospital. Karim juga amat menyesali perbuatan yang keterlaluan memukul Mazni dengan teruk sekali sehingga Mazni tidak ingin lagi melihatnya dan bercakap dengannya.
   
  ·        Konflik luaran
  o   Mazni dan Zaki
  Persahabatan antara Mazni dan Zaki menghadapi konflik apabila Mazni tidak menceritakan tentang perkahwinannya sehinggalah pada saat-saat akhir dan menyebabkan zaki mengambil keputusan untuk tidak menghadiri perkahwinan Mazni dan Karim.
  o   Mazni dan Cik Mahani
  Perbezaan darjat telah menyebabkan konflik antara mereka. Cik Mahani amat tidak bersetuju perkahwinan Karim dan Mazni. Beliau sering menyindir Mazni dan mencari pelbagai alas an agar Karim berpisah dengan Mazni.
  o   Mazni dan Karim
  kekurangan kesetiaan antara mereka telah menyebabkan masing-masing mengabaikan tanggungjawab sebagai suami isteri. Mazni telah keluar rumah untuk berjumpa dengan Zaki manakala Karim berpoya-poya dengan Dora.
  Klimaks
  o   Karim dan Mazni bertengkar. Karim mendengar perbualan jiran Mazni keluar berjumpa Zaki. Mazni dipukul dan akhirnya dimasukkan ke dalam wad akibat cedera.
  o   Tindakan Karim dimarahi oleh Encik Haris, Puan Rohana dan juga rakan-rakannya.
  o   Selepas keluar wad, Mazni membuat keputusan untuk bercerai dengan Karim.
  Anti Klimaks
  o   Karim meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya (terlanggar pokok ketapang)
  Penyelesaian
  o   Mazni meninggalkan Tanjung Puteri, belajar di universiti di KL
  
  WATAK PERWATAKAN
       | MAZNI   | bertubuh   lampai(ms1), berjari halus(ms 11), bermata kuyu(ms13) -rambut   hitam panjang hingga ke bahu -anak   tunggal -ingin ke   universiti dan sambung pelajaran dalam jurusan kedoktoran(ms13) -belajar di   Maktab Melayu,tingkatan 6 atas(ms 7) -berumur 18   tahun(ms12) -tinggal di   bilik belakang rumah Encik Haris(ms4) -tidak suka   bergantung hidup pada orang lain *Patuh-disuruh   untuk memicit kepala ibunya *Rajin-tolong   Wak Dollah(tukang kebun dan pemandu) jaga pokok *sanggup   korbankan pelajaran untuk ibunya *menyayangi   Karim-kahwin kerana termakan budi *Tetap   pendirian-tetap sambung pelajaran bagi kejar cita-cita setelah                                berpisah dengan Karim. *Penyayang-ambil   berat terhadap ibu *Mengenang   jasa-keluarga Encik Haris -memendam   rasa terhadap kelakuan Karim setelah berkahwin           | 
     | CIK BIBAH | ibu Mazni -dia dan   suami merupakan orang Tanah Sumatera yang menyeludup masuk    ke Tanah Melayu ketika perang Jepun -suami   meninggal 18 tahun dahulu di Bukit Timah(kemalangan)  -bekas orang   gaji di rumah Encik Haris -takut   berjumpa doktor(diinjek) -mata   cekung,urat tangan timbul berwarna hijau(ms6) -bibir   kering merekah -lincah   bekerja, dan tegap(semasa sihat) -sakit lemah   jantung(ms12) -pentingkan   pendidikan Mazni(ms38) -meninggal   dunia setelah bersedih di atas fitnah yang dilempar ke atas   Mazni               | 
     | MAK ATUN   | -berbadan   besar, kaya dengan budi bahasa(ms12) -anak ramai,   suaminya penarik beca beroda tiga(ms14) -orang gaji   baru Encik Haris yang baru bekerja kira-kira 2 bulan  menggantikan Cik Bibah(ms8) *prihatin-bertanyakan   keadaan Cik Bibah ketika demam, nasihat suruh                    jumpa doktor                 -beri nasihat kepada Mazni   supaya memberikan tumpuan terhadap                   ibunya dahulu berbanding   pelajaran           | 
     | ZAKI   | teman baik   Mazni -abang   kepada rahman dan syamsul -belajar   menggunakan biasiswa kerajaan -mahasiswa   perubatan universiti Singapura -tegas dan   jujur dalam menyuarakan pendapat -bantu Mazni   dalam pelajaran -setia   dengan Mazni -tinggal di   rumah kecil di pinggir padang(Jalan Pisang) -ibunya   bekerja sebagai amah di rumah orang putih di Larkin -ayahnya   sebagai pemandu teksi -menaruh   perasaan pada Mazni *Baik   hati-sokong tindakan Mazni untuk bekerja           | 
 
   
       | Karim  | -            Anak tuan tumah mazni bekerja (En. Haris & Pn   Rohana) -            Kacak &tmpn  -            Gemar berfoya-foya bersama rakan dan sepupunya   Osman (m/s29) -            hormat org tua(m/s 56) -            sukar mengakui kslhn sndri(m/s 60) -            suka hidup bebas (m/s 62) -            suka mnpu (m/s 64) -            btggjwb &prihatin thdp Mazni (m/s 155) -            ttp pndirian dgn kptsn bkhwn dgn Mazni -            berprasgka thdp mazni (m/s 246) -            suami yg baik diawl prkhwn -            srg trhdp istri     | 
     | Puan rohana  | -            tegas kpd anak(m/s 55) -            suka berleter(m/s 55&73) -            mudah terpengaruh dengan kata org lain (m/s 58) -            mgmbil berat hal anknya -            tdk mnyukai mazni & brusaha utk mykitinya -            mmndg drjt dan pgkt         | 
     | Encik haris | -            Tidak suka mndngr leteran isteri -            Tdk trbru2 mmbuat kptsn tntg hal yg didengari -            Tidak mmndg drjt & ktrunan -            Baik hati- bri tpt tgl pd Mazni & ibu       | 
     | Osman | -            Bekerja sbg jurutera -            Turut gmr bfoya2 -            Mnrah prsaan thdp mazni(m/s 22,23)       -              | 
     | Mahani  | -            Isteru En Malik -            Jiran kelurga en. Haris & pn mahani -            Mmpunyi ank dara yg gmr bfoya2 dgn Karim -            Gmr mnmblkn ftnh trhdp Mazni -            Cmbru anaknya xdpt bkhwn dgn karim     -              | 
     | Dora  | -            Kekasih lama Karim yg dtmukn smlu dlm mjls tari   mnri(m/s 232) -            Telah berkhwn dgn pgwi syrikt di Tnjg Ptri -            brsma-sama Karim dhnytkn hwa nfsu         | 
 
   
   
  
   
       | Unsur Kemasyarakatan | Contoh   | 
     | Masyarakat yang saling tolong-menolong  | Zaki sentiasa membantu Mazni dalam pelajaran yang ingin   melanjutkan pelajaran ke universiti dan menjadis eorang doctor yang berjaya   Encik Haris dan isterinya masih lagi memberikan tempat   perlindungan kepada Mazni dan emaknya, Cik Bibah walaupun mereka tidak lagi   bekerja di rumah Encik Haris | 
     | Masyarakat yang    mementingkan status dan darjat  | Puan Rohana amat mementingkan status apabila tidak   menerima kehadiran Mazni sebagai menantunya hanya kerana dia adalah anak   seorang gaji.   Kawan-kawan Puan Rohana seperti Cik Mahani dan Cik Ainun   yang mengatakan bahawa Mazni dengan Karim adalah berbeza hanya kerana karim   adalah seorang jurutera dan anak pembantu rumah | 
     | Masyarakat yang berfikiran konservatif. | Cik Mahani mula ‘mencucuk’ Puan Rohani bahawa wanita   apabila sudah berkahwin sepatutnya duduk di rumah dan tidak lagi bekerja dan   belajar seperti Mazni   Cik Bibah yang merupakan seorang wanita yang tidak mahu   pergi ke hospital kerana tidak mahu disuntik dengan suntikan jarum. | 
 
   
       | Unsur Kemanusiaan | Contoh | 
     | Kegigihan | Hal ini ditunjukkan oleh sikap Mazni yang gigih untuk   mencapai cita-citanya untuk belajar di universiti walaupun beliau sudah   berkahwin, kematian ibu dan juga suaminya. | 
     | Ketabahan | Hal ini dapat ditunjukkan melalui watak Mazni yang tabah   dalam menghadapi dugaan hidup seperti kematian ibu, kecurangan dan kematian   suami serta seksaan daripada mertua.  | 
     | Tanggungjawab | Hal ini dapat dilihat melalui sikap encik Haris terhadap   Mazni selepas kehilangan suami di mana beliau memberikan wang sebanyak Rm   2000 kepada Mazni sebagai belanja ke universiti. | 
     | Hasad dengki | Sikap hasad dengki dan cemburu ini dapat dilihat melalui   sikap Cik Mahani dan CikAinum yang dengki dengan perkahwinan Mazni dengan   Karim terutamanya Cik Mahani yng mula menghasut Puan Rohana agar menbenci   Mazni kerana gagal mengahwinkan anaknya, Aziah denga Karim. | 
     | Prihatin | Hal ini dapat dilihat melalui watak Puan Rohana yang   bertanyakan kesahihan mengenai khabar angin bahawa Karim yang suka   berpelesaran dengan ramai di wanita di sekitar Tanjung Puteri. Baginya, lebih   baik untuk dikahwinkan saja putera bongsunya itu. |