Thursday, June 11, 2009

Coretan M07E (bahagian 1)

Pejam celik pejam celik, sudah 2 tahun aku berada di Kolej Mara Banting. Kononnya dahulu selepas SPM, aku bercita-cita untuk terus ke luar negara, namun telah ditetapkan oleh Nya untuk aku berada di sini.

Di kesempatan ini, ingin aku coretkan kenangan-kenangan yang masih segar di ingatan, agar aku tidak lupa pada masa akan datang. Sekiranya tulisan ku ini mencuit, menguris atau apa sahaja hati mana-mana pihak, seribu maaf dan ampun kupinta.

Fitri A. Bakar - orang pertama yang zuhud pernah ku jumpa selama ku hidup ini. Hidup serba sederhana membuatkan diri aku menghormatinya. Tatkala membuka almari baju untuk memilih baju untuk dipakai ke kalas setiap hari begitu sukar bagiku. Padan ke x? Matching ke x? emm..alangkah indah nya rasa jika aku menjadi fitri.

Syukri Sapuan - pembaca doa di dalam M07E, sangat berterima kasih kepadanya. Entah kenapa sejak masuk KMB, aku rasa tidak biasa membaca doa begitu. Aku lebih senang membaca doa sendiri dari mengAminkan saja.


1 comment:

rock stoner said...

buat gitu sbb lebih mudah dan x serabut.dan mungkin dah terbiasa.=)

 

blogger templates | Make Money Online