Showing posts with label M07E Diary. Show all posts
Showing posts with label M07E Diary. Show all posts

Tuesday, November 25, 2008

Study Leave

wah...wah...
semakin lengang yer teratak M07E baru-baru ni. sore shahmi jer yg semakin jelas kebelakangan ini. mayb lawak shahmi dh out dated ATAU para pelajar semakin serius dlm pelajran (Alhamdulillah) ATAU....

pelikkan? dapat dirasakan bahawa mereka semua ini sedang mengalami demam CHiKaQunya...(entah betul entah x eja tu) kalo korang nak taw demam ini telah menyerang hampir seluruh duina malah ade diantara kite menjadikannya sebagai bahan dlam interview New Zealnd bebaru ni...

adakah ini petanda kiamat semakin dekat? mungkin yer dan mungkin tidak...
apepun x kisah la

Kerusi KOSONG semakin berTAMBAH hari demi hari...

Hurmm xtau ar nk cakap cmner,kalo ader sbb yg konkrit kerusi 2 kosong xperlah,sumer nye TEPUK DADA TAnYAlaH IMAN.hehehe..

Akhir kata,
Aku tahu ko kenal aku,
Aku tulis jer nak cayer sukatila.....

Friday, November 21, 2008

Spoiler!!!

HOT news....
Cerita ni mengisahkan seorang teman kita ni...
namanya xoxoxo
Di kala para pelajar Mo7e sedang menjamu selera di dewan selera,
terdapatlah segelintir pelajar beristirehat di teratak M07E,
menunggu seseorang yg menjanjikan mknan untuk mereka,
sambil menunggu ,tau-taulah mulut yg tdk dijamah mknn lincah berkata-kata,
mereka berbicara dgn gembira sekali shingga hilai-tawa mereka jelas didengari oleh kelas bersebelahan.
disebalik rekahan dinding kayu,hadirlah seorang menegur,
"Sila perlahankan suara,ada cikgu di dalam"
ternyata teman kita ini hanya mengendahkan shj teguran itu
bagai pasir ditiup bayu,x melekat sebutir pun
kerna terlalu 'excited' maka teman kita ini mulalah melontarkan suara sumbangnya ala-ala Sobrono dengan kuat sekali..
Antara lagu2 yg menjadi pilihannya ialah 'Bintang Di Langit' dan 'Lelaki ini' dengan versi orkestra
Antara komen-komen juri
"AHH!!!!!SUMBANG SEKALI""
""DAH,DAH STOP,STOP""
'''OUT!!XDER BAKAT LANGSUNG""
teman kita ni tetap tidak menghiraukannya lantas menguatkan lg suaranya...
tiba-tiba....
seorang Serikandi menghampirinya dan berkata,
"Weh budak sebelah mesej aku,die soh ko diam...Cikgu diorang tgh emo skang"
teman kite terkejut beruk,die amat menyasali perbuatannya itu..apakan daya terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata sendiri mau ingat arrr..
pada hari itu para pelajar teratak M&E dihujani dengan ribuan sms(Hiperbola skit..) dari pelajar sebelah yg meminta teman kita itu senyap.
Di asrama saya dihujani dgn perasaan ketidakpuashatian para pelajar tersebut.
ulasan teman kita itu,"aku nyanyi jer,nak dgr sukatila" hehe..bile la nk berubah......


akhir kata,
aku tulis jer nak cayer sukatila

Monday, September 1, 2008

Ridhwan melancarkan kempen 'Mencarut Sifar'

Kefokusan mendengar Puan Sharido mengajar diganggu suara garau nob..

"weyh zaid, kalau ko dengar aku mencarut bulan puasa ni, ko sound aku"

Tersentak lamunan oleh sahutan itu, aku mula menundukkan kepala supaya cikgu tidak perasan kami bersembang.
Amar di barisan hadapan sibuk dengan 'DarkThrone' nye... online games yang telah diceburi olehnya sejak pertama kali mengenali dunia internet amat sukar dihentikan.

Adakah itu dinamakan ketagihan?

"kalau kau mencarut, aku tumbuk kau" balasku bersemangat.

peluang seperti ini tidak boleh kulepaskan begitu sahaja. bukan berniat untuk melemahkan semangat, tetapi membakar keazaman saudara kelas ku yang mahu berubah.

mari kita sama-sama mendoakan cita-cita saudara kita tercapai.

amin.
 

blogger templates | Make Money Online