Tuesday, December 9, 2008

nature's calling...and it ain't good...



I came across this Calvin n Hobbes sunday strip recently and reminded me; surprise, surprise about the landslide hooha in bukit antarabangsa. Its pretty ironic to see calvin's attitude reflects our (or specifically, my) ignorance on preserving you-know-what.


Its funny because at first we are egoistic, defying nature doing this, doing that, although the signs are there...and before we realised it, landslides, banjir..you name it..

and then "sudah terhantuk baru mengadah"
but for how long? politicians saying enough is enough, saying more ngos to support ban on hillside project, me, writing a blog about landslide..i mean,how long can all these last?


well, on the lighter side, kudos to the ATM, RELA, JKR, bomba, police and etc...its also nice to see everyone helping out each other in this tragedy...

ah well, this is just a 1-guy opinion, spare me yah...

~wallahualam

Saturday, November 29, 2008

Blog

1. Blog itu best. banyak informasi tentang hidup.

2. Blog itu cool. boleh nampak cara seseorang itu menjalankan kehidupan harian dia.

3. Blog itu menyayat hati. boleh rasa kesedihan orang lain.

4. Blog itu lawak. orang tulis benda yang merepek dan merapu.

5. Blog itu menenangkan. bile sedih, mesti dapat kata2 semangat.

Tapi, ultimately,

Blog itu sangat berkuasa. Boleh influence orang ke jalan yang lebih hebat.

Tu je nak cakap...Wassalam.

"Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama"
(Al-Hajj-22:78)

Tuesday, November 25, 2008

Exam Sem 3 2008

27 Nov (Thursday)
  • Math Paper 1 (08.30-10.30)
  • Math Paper 2 (11.00-13.00)
28 N0v (Friday)
  • Econs Paper 1 (08.30-09.30) @ BMS Paper 1 (08.30-09.50)
  • Econs Paper 2 (10.30-12.30) @ BMS Paper 2 (10.30-12.30)
1 Dec (Monday)
  • Malay (08.30-10.00)
  • Econs Paper 3 (10.30-12.30)
  • B.Arab (14.00-16.00)
2 Dec (Tuesday)
  • Econs HL Paper 1 (08.30-09.30)
  • Econs HL Paper 2 (10.00-11.00)
  • @
  • Chem Paper 1 (08.30-09.30)
  • Chem Paper 2 (10.00-12.15)
3 Dec (Wednesday)
  • English Paper 1 (08.30-10.00)
  • English Paper 2 (10.30-12.00)
4 Dec (Thursday)
  • Biology Paper 1 (08.30-09.30)
  • Biology Paper 2 (10.00-12.15)
  • @
  • Physics Paper 1 & 3 (08.30-10.15)
  • Physics Paper 2 (10.45-13.00)
5 Dec (Friday)
  • Pendidikan Agama Islam (08.30-09.45)
  • Math Paper 3 (10.30-11.30)

Study Leave

wah...wah...
semakin lengang yer teratak M07E baru-baru ni. sore shahmi jer yg semakin jelas kebelakangan ini. mayb lawak shahmi dh out dated ATAU para pelajar semakin serius dlm pelajran (Alhamdulillah) ATAU....

pelikkan? dapat dirasakan bahawa mereka semua ini sedang mengalami demam CHiKaQunya...(entah betul entah x eja tu) kalo korang nak taw demam ini telah menyerang hampir seluruh duina malah ade diantara kite menjadikannya sebagai bahan dlam interview New Zealnd bebaru ni...

adakah ini petanda kiamat semakin dekat? mungkin yer dan mungkin tidak...
apepun x kisah la

Kerusi KOSONG semakin berTAMBAH hari demi hari...

Hurmm xtau ar nk cakap cmner,kalo ader sbb yg konkrit kerusi 2 kosong xperlah,sumer nye TEPUK DADA TAnYAlaH IMAN.hehehe..

Akhir kata,
Aku tahu ko kenal aku,
Aku tulis jer nak cayer sukatila.....

Saturday, November 22, 2008

Words From M07E Class Rep

2 more weeks for our long-awaited (short) sem3 hols...things hav been kelam kabut lately.cant wait for sem 3 2 finish..lol..agreeing wit gossip guy tho.kiasu or not, gud luck lah 4 ur sem3..

-1st time posting a blog here.*wave..they say dis is the "in" thing nowadays...ah well, monkey see, monkey do...lol..

Who is Imam Hasan Al Banna?

Ada satu peristiwa seorang wartawan berkesempatan berjumpa Imam Hasan Al Banna dan berpeluang menemuramah beliau dan bertanyakan soalan..Siapa anda?

Imam Hasan Al Banna menjawab,

"Saya adalah seorang pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni.

Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya. Justeru die berseru: Sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutukanNya. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya adalah seorang yang menyerahkan diri,

INILAH SAYA, ANDA PULA SIAPA?"

Wartawan itu tergamam memikirkan jawapan.

Di sini...diharap pembaca sekalian terutamanya Muslimin dan Muslimat serta warga M07E dapat berfikir sejenak..siapakah diri kita dan tulis dalam comment.

p/s: tanak karangan Me,Myself and I atau Personal Statement. Selamat berfikir.

Friday, November 21, 2008

Spoiler!!!

HOT news....
Cerita ni mengisahkan seorang teman kita ni...
namanya xoxoxo
Di kala para pelajar Mo7e sedang menjamu selera di dewan selera,
terdapatlah segelintir pelajar beristirehat di teratak M07E,
menunggu seseorang yg menjanjikan mknan untuk mereka,
sambil menunggu ,tau-taulah mulut yg tdk dijamah mknn lincah berkata-kata,
mereka berbicara dgn gembira sekali shingga hilai-tawa mereka jelas didengari oleh kelas bersebelahan.
disebalik rekahan dinding kayu,hadirlah seorang menegur,
"Sila perlahankan suara,ada cikgu di dalam"
ternyata teman kita ini hanya mengendahkan shj teguran itu
bagai pasir ditiup bayu,x melekat sebutir pun
kerna terlalu 'excited' maka teman kita ini mulalah melontarkan suara sumbangnya ala-ala Sobrono dengan kuat sekali..
Antara lagu2 yg menjadi pilihannya ialah 'Bintang Di Langit' dan 'Lelaki ini' dengan versi orkestra
Antara komen-komen juri
"AHH!!!!!SUMBANG SEKALI""
""DAH,DAH STOP,STOP""
'''OUT!!XDER BAKAT LANGSUNG""
teman kita ni tetap tidak menghiraukannya lantas menguatkan lg suaranya...
tiba-tiba....
seorang Serikandi menghampirinya dan berkata,
"Weh budak sebelah mesej aku,die soh ko diam...Cikgu diorang tgh emo skang"
teman kite terkejut beruk,die amat menyasali perbuatannya itu..apakan daya terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata sendiri mau ingat arrr..
pada hari itu para pelajar teratak M&E dihujani dengan ribuan sms(Hiperbola skit..) dari pelajar sebelah yg meminta teman kita itu senyap.
Di asrama saya dihujani dgn perasaan ketidakpuashatian para pelajar tersebut.
ulasan teman kita itu,"aku nyanyi jer,nak dgr sukatila" hehe..bile la nk berubah......


akhir kata,
aku tulis jer nak cayer sukatila

Always


In many ways
I'll miss the good ol days
Sometimes
Sometimes

The tree tops and popcorns
That were never here to stay
Somedays
Somedays

I ask myself why
I'm lacking in tears
Somehow
I cried

It hurts to say
But i want you to stay
Always
Always



By Ridhwan Hassan

Wawawanwbhavfaeuf vjfbegbnoegn ------EXAM

wei korang2 sume...

Bertaubatla banyak2....

sesungguhnya kite hendaklah ingat tuhan..

lebih lagi time2 genting......

sooooo

gambatte pade mereka yang nak berjaya..

kepada mereka yang nak jadi bodoh...

teruskan usaha untuk relax sahaja...


sehingga bertemu...

ko tahu ko kenal aku!!!!!!!!!!!!

Saturday, November 8, 2008

Ulasan Novel - BADAI SEMALAM - Khadijah Hashim


Badai Semalam (Khadijah Hashim)

Tema

- Ketabahan dan kegigihan seorang wanita dalam menempuhi cabaran untuk mengejar cita-cita

Persoalan

a) Percintaan yang tidak berlandaskan perasaan cinta yang suci dan sejati

- Perkahwinan Mazni dengan Karim atas dasar hutang budi semata-mata. Karim tertarik oleh layanan mesra Mazni semasa dia terlantar di hospital kerana ditimpa musibah kemalangan yang telah menginsafkan dirinya.

b) Perbezaan status dan darjat dalam masyarakat

- Puan Rohana membantah hasrat Karim untuk memperisterikan Mazni semata-mata kerana Mazni adalah seorang anak bekas orang gaji. Dia malu jikalau orang luar memperkatakan tentang maruah keluarga mereka. Pada pendapatnya, Mazni tidak layak untuk Karim, seorang jurutera yang berjaya.

c) Konflik akibat iri hati

- Cik Mahani menghasut Puan Rohana supaya membenci Mazni setelah Mazni berkahwin dengan Karim. Dia sebenarnya mengharapkan anaknya, Aziah disatukan dengan Karim.

d) Kecurangan dalam hubungan suami-isteri

- Karim berlaku curang dengan Dora, bekas teman wanitanya kerana merasa dirinya telah diketepikan oleh Mazni yang terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya.


Plot / Jalan Cerita

Plot ialah susunan peristiwa-peristiwa dalam cerita atau rentetan peristiwa yang diberikan sebab dan akibat.

Novel Badai Semalam karya Khadijah Hashim ini mempunyai Plot Organik – Plot yang kemas dan tidak terdapat digresi.[1]


[1] Digresi ialah bahagian-bahagian yang tidak diperlukan dan boleh dibuang kerana tidak akan merosakkan plot dasar sesebuah cerita.

Eksposisi – (pengenalan)

· Pengenalan watak iaitu Mazni, Karim, Encik Haris, Pn Rohana, Mak Aton , Che Bibah, Osman, Wak Dolah, Zaki, Encik Malik, Encik Mansur, Lokman, Azizah, Cikgu Lim

· Pengenalan latar tempat – Rumah Encik Haris dan Pn Rohana di Jalan Kenangan, Tanjung Puteri di mana Mazni dan emaknya tinggal.

· Pengenalan latar masa – dari Mazni sekolah tingkatan 6 atas hingga dewasa

Perkembangan

  • Teknik Penceritaan

DIALOG

-perbualan Mazni dan Zaki sewaktu berjalan-jalan di Johor Bharu dan Singapura (m/s 102-107)

-perbualan Mazni dan Zaki mengenai cita-cita mereka (m/s 32-39)

-Perbualan Pn. Rohana dan En. Haris (m/s 98-101)

IMBAS KEMBALI

-Mazni mengimbas kembali hidup ibu dan ayahnya (m/s 12)

INTERIOR MONOLOG

-Mazni dalam dilemma, “Pada siapa harus aku mengadu?” (m/s 11-13)

IMBAS MUKA

-Karim yang dalam keadaan angau akan Mazni membayangkan dugaan yang bakal dihadapi untuk hidup bersama Mazni (m/s 96)

ALIRAN KESEDARAN (stream of consciousness)

-“Biarlah dia sendiri menanggung sengsara ini”…Kesal. Sungguh kesal. (penyesalan Mazni) m/s 139

Suspen

· Kematian ibu Mazni

· Karim mengajak Mazni berkahwin

· Zaki meluahkan perasaannya terhadap Mazni

· Mazni menduduki peperiksaan dan menunggu keputusan, sama ada dia berjaya ke universiti atau tidak

· Pergaduhan Mazni dan Karim iaitu Mazni telah dipukul

Konflik

· Konflik dalaman

o Mazni

Dilemma Mazni ketika terpaksa memilih sama ada menurut kehendak suaminya, Karim yang ingin beliau berhenti daripada meneruskan pengajiannya dan melupakan cita-citanya untuk ke menara gading.

o Karim

Karim berasa sangat bersalah ketika memukul Mazni dan mengakibatkan beliau terlantar di hospital. Karim juga amat menyesali perbuatan yang keterlaluan memukul Mazni dengan teruk sekali sehingga Mazni tidak ingin lagi melihatnya dan bercakap dengannya.

· Konflik luaran

o Mazni dan Zaki

Persahabatan antara Mazni dan Zaki menghadapi konflik apabila Mazni tidak menceritakan tentang perkahwinannya sehinggalah pada saat-saat akhir dan menyebabkan zaki mengambil keputusan untuk tidak menghadiri perkahwinan Mazni dan Karim.

o Mazni dan Cik Mahani

Perbezaan darjat telah menyebabkan konflik antara mereka. Cik Mahani amat tidak bersetuju perkahwinan Karim dan Mazni. Beliau sering menyindir Mazni dan mencari pelbagai alas an agar Karim berpisah dengan Mazni.

o Mazni dan Karim

kekurangan kesetiaan antara mereka telah menyebabkan masing-masing mengabaikan tanggungjawab sebagai suami isteri. Mazni telah keluar rumah untuk berjumpa dengan Zaki manakala Karim berpoya-poya dengan Dora.

Klimaks

o Karim dan Mazni bertengkar. Karim mendengar perbualan jiran Mazni keluar berjumpa Zaki. Mazni dipukul dan akhirnya dimasukkan ke dalam wad akibat cedera.

o Tindakan Karim dimarahi oleh Encik Haris, Puan Rohana dan juga rakan-rakannya.

o Selepas keluar wad, Mazni membuat keputusan untuk bercerai dengan Karim.

Anti Klimaks

o Karim meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya (terlanggar pokok ketapang)

Penyelesaian

o Mazni meninggalkan Tanjung Puteri, belajar di universiti di KL


WATAK PERWATAKAN

MAZNI

bertubuh lampai(ms1), berjari halus(ms 11), bermata kuyu(ms13)

-rambut hitam panjang hingga ke bahu

-anak tunggal

-ingin ke universiti dan sambung pelajaran dalam jurusan kedoktoran(ms13)

-belajar di Maktab Melayu,tingkatan 6 atas(ms 7)

-berumur 18 tahun(ms12)

-tinggal di bilik belakang rumah Encik Haris(ms4)

-tidak suka bergantung hidup pada orang lain

*Patuh-disuruh untuk memicit kepala ibunya

*Rajin-tolong Wak Dollah(tukang kebun dan pemandu) jaga pokok

*sanggup korbankan pelajaran untuk ibunya

*menyayangi Karim-kahwin kerana termakan budi

*Tetap pendirian-tetap sambung pelajaran bagi kejar cita-cita setelah

berpisah dengan Karim.

*Penyayang-ambil berat terhadap ibu

*Mengenang jasa-keluarga Encik Haris

-memendam rasa terhadap kelakuan Karim setelah berkahwin

CIK BIBAH

ibu Mazni

-dia dan suami merupakan orang Tanah Sumatera yang menyeludup masuk

ke Tanah Melayu ketika perang Jepun

-suami meninggal 18 tahun dahulu di Bukit Timah(kemalangan)

-bekas orang gaji di rumah Encik Haris

-takut berjumpa doktor(diinjek)

-mata cekung,urat tangan timbul berwarna hijau(ms6)

-bibir kering merekah

-lincah bekerja, dan tegap(semasa sihat)

-sakit lemah jantung(ms12)

-pentingkan pendidikan Mazni(ms38)

-meninggal dunia setelah bersedih di atas fitnah yang dilempar ke atas

Mazni

MAK ATUN

-berbadan besar, kaya dengan budi bahasa(ms12)

-anak ramai, suaminya penarik beca beroda tiga(ms14)

-orang gaji baru Encik Haris yang baru bekerja kira-kira 2 bulan

menggantikan Cik Bibah(ms8)

*prihatin-bertanyakan keadaan Cik Bibah ketika demam, nasihat suruh

jumpa doktor

-beri nasihat kepada Mazni supaya memberikan tumpuan terhadap

ibunya dahulu berbanding pelajaran

ZAKI

teman baik Mazni

-abang kepada rahman dan syamsul

-belajar menggunakan biasiswa kerajaan

-mahasiswa perubatan universiti Singapura

-tegas dan jujur dalam menyuarakan pendapat

-bantu Mazni dalam pelajaran

-setia dengan Mazni

-tinggal di rumah kecil di pinggir padang(Jalan Pisang)

-ibunya bekerja sebagai amah di rumah orang putih di Larkin

-ayahnya sebagai pemandu teksi

-menaruh perasaan pada Mazni

*Baik hati-sokong tindakan Mazni untuk bekerja

Karim

- Anak tuan tumah mazni bekerja (En. Haris & Pn Rohana)

- Kacak &tmpn

- Gemar berfoya-foya bersama rakan dan sepupunya Osman (m/s29)

- hormat org tua(m/s 56)

- sukar mengakui kslhn sndri(m/s 60)

- suka hidup bebas (m/s 62)

- suka mnpu (m/s 64)

- btggjwb &prihatin thdp Mazni (m/s 155)

- ttp pndirian dgn kptsn bkhwn dgn Mazni

- berprasgka thdp mazni (m/s 246)

- suami yg baik diawl prkhwn

- srg trhdp istri

Puan rohana

- tegas kpd anak(m/s 55)

- suka berleter(m/s 55&73)

- mudah terpengaruh dengan kata org lain (m/s 58)

- mgmbil berat hal anknya

- tdk mnyukai mazni & brusaha utk mykitinya

- mmndg drjt dan pgkt

Encik haris

- Tidak suka mndngr leteran isteri

- Tdk trbru2 mmbuat kptsn tntg hal yg didengari

- Tidak mmndg drjt & ktrunan

- Baik hati- bri tpt tgl pd Mazni & ibu

Osman

- Bekerja sbg jurutera

- Turut gmr bfoya2

- Mnrah prsaan thdp mazni(m/s 22,23)

-

Mahani

- Isteru En Malik

- Jiran kelurga en. Haris & pn mahani

- Mmpunyi ank dara yg gmr bfoya2 dgn Karim

- Gmr mnmblkn ftnh trhdp Mazni

- Cmbru anaknya xdpt bkhwn dgn karim

-

Dora

- Kekasih lama Karim yg dtmukn smlu dlm mjls tari mnri(m/s 232)

- Telah berkhwn dgn pgwi syrikt di Tnjg Ptri

- brsma-sama Karim dhnytkn hwa nfsu


Unsur Kemasyarakatan

Contoh

Masyarakat yang saling tolong-menolong

Zaki sentiasa membantu Mazni dalam pelajaran yang ingin melanjutkan pelajaran ke universiti dan menjadis eorang doctor yang berjaya

Encik Haris dan isterinya masih lagi memberikan tempat perlindungan kepada Mazni dan emaknya, Cik Bibah walaupun mereka tidak lagi bekerja di rumah Encik Haris

Masyarakat yang mementingkan status dan darjat

Puan Rohana amat mementingkan status apabila tidak menerima kehadiran Mazni sebagai menantunya hanya kerana dia adalah anak seorang gaji.

Kawan-kawan Puan Rohana seperti Cik Mahani dan Cik Ainun yang mengatakan bahawa Mazni dengan Karim adalah berbeza hanya kerana karim adalah seorang jurutera dan anak pembantu rumah

Masyarakat yang berfikiran konservatif.

Cik Mahani mula ‘mencucuk’ Puan Rohani bahawa wanita apabila sudah berkahwin sepatutnya duduk di rumah dan tidak lagi bekerja dan belajar seperti Mazni

Cik Bibah yang merupakan seorang wanita yang tidak mahu pergi ke hospital kerana tidak mahu disuntik dengan suntikan jarum.

Unsur Kemanusiaan

Contoh

Kegigihan

Hal ini ditunjukkan oleh sikap Mazni yang gigih untuk mencapai cita-citanya untuk belajar di universiti walaupun beliau sudah berkahwin, kematian ibu dan juga suaminya.

Ketabahan

Hal ini dapat ditunjukkan melalui watak Mazni yang tabah dalam menghadapi dugaan hidup seperti kematian ibu, kecurangan dan kematian suami serta seksaan daripada mertua.

Tanggungjawab

Hal ini dapat dilihat melalui sikap encik Haris terhadap Mazni selepas kehilangan suami di mana beliau memberikan wang sebanyak Rm 2000 kepada Mazni sebagai belanja ke universiti.

Hasad dengki

Sikap hasad dengki dan cemburu ini dapat dilihat melalui sikap Cik Mahani dan CikAinum yang dengki dengan perkahwinan Mazni dengan Karim terutamanya Cik Mahani yng mula menghasut Puan Rohana agar menbenci Mazni kerana gagal mengahwinkan anaknya, Aziah denga Karim.

Prihatin

Hal ini dapat dilihat melalui watak Puan Rohana yang bertanyakan kesahihan mengenai khabar angin bahawa Karim yang suka berpelesaran dengan ramai di wanita di sekitar Tanjung Puteri. Baginya, lebih baik untuk dikahwinkan saja putera bongsunya itu.

Friday, October 10, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Eid Mubarak menjelang lagi..moga Ramadhan yang baru berlalu menjadikan kita kembali kepada fitrah.

Apakah itu fitrah?
Bayi merupakan contoh terbaik untuk kukatakan. Kelahiran ke dunia tanpa dosa. Bersih. Suci. Disayangi. Dijaga. Dipelihara. Itulah fitrah manusia. Fitrah yang memerlukan cinta.

Wednesday, September 3, 2008

Semerkap Ranjau Sepanjang Jalan

Sempena presentation malay, kite nk delegate the chapters for everyone

Sinopsis keseluruhan:
1. Amar

Latar Belakang Pengarang :
1. Imran Nizamudin
2. Syahmi Roslan

Peralatan Padi dalam novel :
1. Zulikha bte Pishol

Sinopsis
Bab 1: Fitri A. Bakar
Bab 2: Syukri Sapuan
Bab 3: Ridhwan bin Hassan
Bab 4: Ahmad Zaid Jasmin
Bab 5: Nur Atiqah
Bab 6: Charles Denley Garasi
Bab 7: Ili Shakira
Bab 8: Amir Hazizi
Bab 9: Izzati Che' Harun
Bab 10: Sharifah Athirah
Bab 11: Ezwan Razmie
Bab 12: Fazrin
Bab 13: Beyor
Bab 14: Khairul Nisha
Bab 15: Noran Asma
Bab 16: Wan Muhd. Aiman

Monday, September 1, 2008

Pisang Emas

Perjalanan hidup ini merupakan suatu pancaroba penoh dengan dugaan dan halangan. Tidak sesiapa pun terkecuali daripada penentuan yang telah ditentukan walaupun panglima perang yang bakal dinaikkan pangkatnya mahupun seorang peminta sedekah di bazar ramadhan.

Kisah ini bermula seperti mana juga kisah sepertinya dahulu kala. Tanggungjawab seorang penglipur lara yang masih wujud disebabkan kehadirannya. Disebabkan kerakusannya. Walaupun kehadirannya dahulu kala tidak membawa makna, namun pemergiannya meninggalkan kesan lebih mendalam daripada rebung buluh yang ditetak parang.

Kedatangan dan kehadirannya dalam hidup mereka sering kali dicaci dan dimaki. Padanya, ini mungkin sifat semula jadi manusia yang sering kali peka terhadap kelemahan insan yang lain tetapi bukan pada dirinya sendiri. Namun, tanpa disedari, padanya juga terdapat kelemahan. Kelemahan yang sering kali dianggapnya sebagai suatu nikmat. Sebagai suatu kurniaan.

Walaubagaimana kecekalannya menghadapi kehidupan, rahsia-rahsia perjalanannya yang penoh dengan pancaroba hanya disimpan di dalam kekunci hatinya sendiri.

Kewujudan BLOGSPOT ni bukanlah untuk membebani mereka yang terasa, tetapi untuk merapatkan hubungan antara kita.

Ridhwan melancarkan kempen 'Mencarut Sifar'

Kefokusan mendengar Puan Sharido mengajar diganggu suara garau nob..

"weyh zaid, kalau ko dengar aku mencarut bulan puasa ni, ko sound aku"

Tersentak lamunan oleh sahutan itu, aku mula menundukkan kepala supaya cikgu tidak perasan kami bersembang.
Amar di barisan hadapan sibuk dengan 'DarkThrone' nye... online games yang telah diceburi olehnya sejak pertama kali mengenali dunia internet amat sukar dihentikan.

Adakah itu dinamakan ketagihan?

"kalau kau mencarut, aku tumbuk kau" balasku bersemangat.

peluang seperti ini tidak boleh kulepaskan begitu sahaja. bukan berniat untuk melemahkan semangat, tetapi membakar keazaman saudara kelas ku yang mahu berubah.

mari kita sama-sama mendoakan cita-cita saudara kita tercapai.

amin.

Marhaban Ya Ramadhan

This year is the last time where all the m07 e will fasting together. However, we are in the different conditions. Hectic, busy, tension, sweat. Although World Lit and I.A Business are already sent, but EE, TOK Essay, Math Portfolio will come shortly.

Hopefully, in the blessing during Ramadan, we can facing all the problems with good spirits and mentality.

Lot of news will be reveal in this blog. Perhaps it will bring motivation to us when we know it.
 

blogger templates | Make Money Online