Saturday, November 8, 2008

Ulasan Novel - BADAI SEMALAM - Khadijah Hashim


Badai Semalam (Khadijah Hashim)

Tema

- Ketabahan dan kegigihan seorang wanita dalam menempuhi cabaran untuk mengejar cita-cita

Persoalan

a) Percintaan yang tidak berlandaskan perasaan cinta yang suci dan sejati

- Perkahwinan Mazni dengan Karim atas dasar hutang budi semata-mata. Karim tertarik oleh layanan mesra Mazni semasa dia terlantar di hospital kerana ditimpa musibah kemalangan yang telah menginsafkan dirinya.

b) Perbezaan status dan darjat dalam masyarakat

- Puan Rohana membantah hasrat Karim untuk memperisterikan Mazni semata-mata kerana Mazni adalah seorang anak bekas orang gaji. Dia malu jikalau orang luar memperkatakan tentang maruah keluarga mereka. Pada pendapatnya, Mazni tidak layak untuk Karim, seorang jurutera yang berjaya.

c) Konflik akibat iri hati

- Cik Mahani menghasut Puan Rohana supaya membenci Mazni setelah Mazni berkahwin dengan Karim. Dia sebenarnya mengharapkan anaknya, Aziah disatukan dengan Karim.

d) Kecurangan dalam hubungan suami-isteri

- Karim berlaku curang dengan Dora, bekas teman wanitanya kerana merasa dirinya telah diketepikan oleh Mazni yang terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya.


Plot / Jalan Cerita

Plot ialah susunan peristiwa-peristiwa dalam cerita atau rentetan peristiwa yang diberikan sebab dan akibat.

Novel Badai Semalam karya Khadijah Hashim ini mempunyai Plot Organik – Plot yang kemas dan tidak terdapat digresi.[1]


[1] Digresi ialah bahagian-bahagian yang tidak diperlukan dan boleh dibuang kerana tidak akan merosakkan plot dasar sesebuah cerita.

Eksposisi – (pengenalan)

· Pengenalan watak iaitu Mazni, Karim, Encik Haris, Pn Rohana, Mak Aton , Che Bibah, Osman, Wak Dolah, Zaki, Encik Malik, Encik Mansur, Lokman, Azizah, Cikgu Lim

· Pengenalan latar tempat – Rumah Encik Haris dan Pn Rohana di Jalan Kenangan, Tanjung Puteri di mana Mazni dan emaknya tinggal.

· Pengenalan latar masa – dari Mazni sekolah tingkatan 6 atas hingga dewasa

Perkembangan

  • Teknik Penceritaan

DIALOG

-perbualan Mazni dan Zaki sewaktu berjalan-jalan di Johor Bharu dan Singapura (m/s 102-107)

-perbualan Mazni dan Zaki mengenai cita-cita mereka (m/s 32-39)

-Perbualan Pn. Rohana dan En. Haris (m/s 98-101)

IMBAS KEMBALI

-Mazni mengimbas kembali hidup ibu dan ayahnya (m/s 12)

INTERIOR MONOLOG

-Mazni dalam dilemma, “Pada siapa harus aku mengadu?” (m/s 11-13)

IMBAS MUKA

-Karim yang dalam keadaan angau akan Mazni membayangkan dugaan yang bakal dihadapi untuk hidup bersama Mazni (m/s 96)

ALIRAN KESEDARAN (stream of consciousness)

-“Biarlah dia sendiri menanggung sengsara ini”…Kesal. Sungguh kesal. (penyesalan Mazni) m/s 139

Suspen

· Kematian ibu Mazni

· Karim mengajak Mazni berkahwin

· Zaki meluahkan perasaannya terhadap Mazni

· Mazni menduduki peperiksaan dan menunggu keputusan, sama ada dia berjaya ke universiti atau tidak

· Pergaduhan Mazni dan Karim iaitu Mazni telah dipukul

Konflik

· Konflik dalaman

o Mazni

Dilemma Mazni ketika terpaksa memilih sama ada menurut kehendak suaminya, Karim yang ingin beliau berhenti daripada meneruskan pengajiannya dan melupakan cita-citanya untuk ke menara gading.

o Karim

Karim berasa sangat bersalah ketika memukul Mazni dan mengakibatkan beliau terlantar di hospital. Karim juga amat menyesali perbuatan yang keterlaluan memukul Mazni dengan teruk sekali sehingga Mazni tidak ingin lagi melihatnya dan bercakap dengannya.

· Konflik luaran

o Mazni dan Zaki

Persahabatan antara Mazni dan Zaki menghadapi konflik apabila Mazni tidak menceritakan tentang perkahwinannya sehinggalah pada saat-saat akhir dan menyebabkan zaki mengambil keputusan untuk tidak menghadiri perkahwinan Mazni dan Karim.

o Mazni dan Cik Mahani

Perbezaan darjat telah menyebabkan konflik antara mereka. Cik Mahani amat tidak bersetuju perkahwinan Karim dan Mazni. Beliau sering menyindir Mazni dan mencari pelbagai alas an agar Karim berpisah dengan Mazni.

o Mazni dan Karim

kekurangan kesetiaan antara mereka telah menyebabkan masing-masing mengabaikan tanggungjawab sebagai suami isteri. Mazni telah keluar rumah untuk berjumpa dengan Zaki manakala Karim berpoya-poya dengan Dora.

Klimaks

o Karim dan Mazni bertengkar. Karim mendengar perbualan jiran Mazni keluar berjumpa Zaki. Mazni dipukul dan akhirnya dimasukkan ke dalam wad akibat cedera.

o Tindakan Karim dimarahi oleh Encik Haris, Puan Rohana dan juga rakan-rakannya.

o Selepas keluar wad, Mazni membuat keputusan untuk bercerai dengan Karim.

Anti Klimaks

o Karim meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya (terlanggar pokok ketapang)

Penyelesaian

o Mazni meninggalkan Tanjung Puteri, belajar di universiti di KL


WATAK PERWATAKAN

MAZNI

bertubuh lampai(ms1), berjari halus(ms 11), bermata kuyu(ms13)

-rambut hitam panjang hingga ke bahu

-anak tunggal

-ingin ke universiti dan sambung pelajaran dalam jurusan kedoktoran(ms13)

-belajar di Maktab Melayu,tingkatan 6 atas(ms 7)

-berumur 18 tahun(ms12)

-tinggal di bilik belakang rumah Encik Haris(ms4)

-tidak suka bergantung hidup pada orang lain

*Patuh-disuruh untuk memicit kepala ibunya

*Rajin-tolong Wak Dollah(tukang kebun dan pemandu) jaga pokok

*sanggup korbankan pelajaran untuk ibunya

*menyayangi Karim-kahwin kerana termakan budi

*Tetap pendirian-tetap sambung pelajaran bagi kejar cita-cita setelah

berpisah dengan Karim.

*Penyayang-ambil berat terhadap ibu

*Mengenang jasa-keluarga Encik Haris

-memendam rasa terhadap kelakuan Karim setelah berkahwin

CIK BIBAH

ibu Mazni

-dia dan suami merupakan orang Tanah Sumatera yang menyeludup masuk

ke Tanah Melayu ketika perang Jepun

-suami meninggal 18 tahun dahulu di Bukit Timah(kemalangan)

-bekas orang gaji di rumah Encik Haris

-takut berjumpa doktor(diinjek)

-mata cekung,urat tangan timbul berwarna hijau(ms6)

-bibir kering merekah

-lincah bekerja, dan tegap(semasa sihat)

-sakit lemah jantung(ms12)

-pentingkan pendidikan Mazni(ms38)

-meninggal dunia setelah bersedih di atas fitnah yang dilempar ke atas

Mazni

MAK ATUN

-berbadan besar, kaya dengan budi bahasa(ms12)

-anak ramai, suaminya penarik beca beroda tiga(ms14)

-orang gaji baru Encik Haris yang baru bekerja kira-kira 2 bulan

menggantikan Cik Bibah(ms8)

*prihatin-bertanyakan keadaan Cik Bibah ketika demam, nasihat suruh

jumpa doktor

-beri nasihat kepada Mazni supaya memberikan tumpuan terhadap

ibunya dahulu berbanding pelajaran

ZAKI

teman baik Mazni

-abang kepada rahman dan syamsul

-belajar menggunakan biasiswa kerajaan

-mahasiswa perubatan universiti Singapura

-tegas dan jujur dalam menyuarakan pendapat

-bantu Mazni dalam pelajaran

-setia dengan Mazni

-tinggal di rumah kecil di pinggir padang(Jalan Pisang)

-ibunya bekerja sebagai amah di rumah orang putih di Larkin

-ayahnya sebagai pemandu teksi

-menaruh perasaan pada Mazni

*Baik hati-sokong tindakan Mazni untuk bekerja

Karim

- Anak tuan tumah mazni bekerja (En. Haris & Pn Rohana)

- Kacak &tmpn

- Gemar berfoya-foya bersama rakan dan sepupunya Osman (m/s29)

- hormat org tua(m/s 56)

- sukar mengakui kslhn sndri(m/s 60)

- suka hidup bebas (m/s 62)

- suka mnpu (m/s 64)

- btggjwb &prihatin thdp Mazni (m/s 155)

- ttp pndirian dgn kptsn bkhwn dgn Mazni

- berprasgka thdp mazni (m/s 246)

- suami yg baik diawl prkhwn

- srg trhdp istri

Puan rohana

- tegas kpd anak(m/s 55)

- suka berleter(m/s 55&73)

- mudah terpengaruh dengan kata org lain (m/s 58)

- mgmbil berat hal anknya

- tdk mnyukai mazni & brusaha utk mykitinya

- mmndg drjt dan pgkt

Encik haris

- Tidak suka mndngr leteran isteri

- Tdk trbru2 mmbuat kptsn tntg hal yg didengari

- Tidak mmndg drjt & ktrunan

- Baik hati- bri tpt tgl pd Mazni & ibu

Osman

- Bekerja sbg jurutera

- Turut gmr bfoya2

- Mnrah prsaan thdp mazni(m/s 22,23)

-

Mahani

- Isteru En Malik

- Jiran kelurga en. Haris & pn mahani

- Mmpunyi ank dara yg gmr bfoya2 dgn Karim

- Gmr mnmblkn ftnh trhdp Mazni

- Cmbru anaknya xdpt bkhwn dgn karim

-

Dora

- Kekasih lama Karim yg dtmukn smlu dlm mjls tari mnri(m/s 232)

- Telah berkhwn dgn pgwi syrikt di Tnjg Ptri

- brsma-sama Karim dhnytkn hwa nfsu


Unsur Kemasyarakatan

Contoh

Masyarakat yang saling tolong-menolong

Zaki sentiasa membantu Mazni dalam pelajaran yang ingin melanjutkan pelajaran ke universiti dan menjadis eorang doctor yang berjaya

Encik Haris dan isterinya masih lagi memberikan tempat perlindungan kepada Mazni dan emaknya, Cik Bibah walaupun mereka tidak lagi bekerja di rumah Encik Haris

Masyarakat yang mementingkan status dan darjat

Puan Rohana amat mementingkan status apabila tidak menerima kehadiran Mazni sebagai menantunya hanya kerana dia adalah anak seorang gaji.

Kawan-kawan Puan Rohana seperti Cik Mahani dan Cik Ainun yang mengatakan bahawa Mazni dengan Karim adalah berbeza hanya kerana karim adalah seorang jurutera dan anak pembantu rumah

Masyarakat yang berfikiran konservatif.

Cik Mahani mula ‘mencucuk’ Puan Rohani bahawa wanita apabila sudah berkahwin sepatutnya duduk di rumah dan tidak lagi bekerja dan belajar seperti Mazni

Cik Bibah yang merupakan seorang wanita yang tidak mahu pergi ke hospital kerana tidak mahu disuntik dengan suntikan jarum.

Unsur Kemanusiaan

Contoh

Kegigihan

Hal ini ditunjukkan oleh sikap Mazni yang gigih untuk mencapai cita-citanya untuk belajar di universiti walaupun beliau sudah berkahwin, kematian ibu dan juga suaminya.

Ketabahan

Hal ini dapat ditunjukkan melalui watak Mazni yang tabah dalam menghadapi dugaan hidup seperti kematian ibu, kecurangan dan kematian suami serta seksaan daripada mertua.

Tanggungjawab

Hal ini dapat dilihat melalui sikap encik Haris terhadap Mazni selepas kehilangan suami di mana beliau memberikan wang sebanyak Rm 2000 kepada Mazni sebagai belanja ke universiti.

Hasad dengki

Sikap hasad dengki dan cemburu ini dapat dilihat melalui sikap Cik Mahani dan CikAinum yang dengki dengan perkahwinan Mazni dengan Karim terutamanya Cik Mahani yng mula menghasut Puan Rohana agar menbenci Mazni kerana gagal mengahwinkan anaknya, Aziah denga Karim.

Prihatin

Hal ini dapat dilihat melalui watak Puan Rohana yang bertanyakan kesahihan mengenai khabar angin bahawa Karim yang suka berpelesaran dengan ramai di wanita di sekitar Tanjung Puteri. Baginya, lebih baik untuk dikahwinkan saja putera bongsunya itu.

5 comments:

ahmad zaid said...

thankz to M07E members that sent their notes....compiled already..nak softcopy...minta ar...

Anonymous said...

teringat zaman Malay A1 dulu2:)

~shida~ said...

huhu..gempak gile..post malay dalam blog..(^-^)..neway,thanks..ilmu tak boleh ditolak..

m07e updates said...

to shAine.aLi:mmg indah memory bila teringat zaman dulu-dulu...hoho..indah bila kita telah melepasi semua susah payah...tapi kami yang tgh lalui susah payah..huhu...moga kami lepasi seperti anda juga..doakan kami..

to shida: actually kami cari juga ulasan badai semalam secara online..tapi x jumpa..so kami ltak la ulasan kami...moga membantu..welcome.

Aqilarin said...

jazakallah khair super duper seniors!

*IRP MODE*

 

blogger templates | Make Money Online